Bir tanpa alkohol, Mujahid jawab Siti Kasim

Dr Mujahid
Dr Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menjelaskan beliau hanya memikirkan kebajikan umat Islam di negara ini berhubung isu produk minuman atau arak tanpa alkohol.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan beliau tidak boleh mengawal sesiapa termasuk peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim berfikir tentang perkara berkenaan.

"Saya cakap kepada orang Islam kerana produk ini menimbulkan kekeliruan kepada mereka. Saya menteri yang menjaga hal ehwal agama sudah tentu mereka tanya. Jawapan saya begitulah.

"Apa yang dia (Siti Kasim) nak fikir selepas daripada itu adalah masalah dia. Masalah saya ialah nak jaga supaya orang Islam tak keliru. Itu sahaja," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum itu, Siti Kasim dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini meminta supaya Mujahid tidak menghina umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan isu arak tanpa alkohol.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Mujahid berkaitan isu tersebut menyebabkan umat Islam kini keliru dengan apa haram dan halal.

Semalam, Mujahid meminta syarikat pengeluar minuman keras tidak sesekali mengelirukan umat Islam dengan mengeluarkan produk minuman dan arak tanpa alkohol.

Artikel Berkaitan: