Remaja maut rempuh treler

mayat
mayat
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah treler di Jalan Labis-Yong Peng dekat Kampung Sepakat di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Azlan Shah Aziz, 16, menunggang motosikal seorang diri.

“Sewaktu tiba di kawasan kejadian, mangsa dari arah Labis ke Yong Peng dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu treler yang melihat mangsa masuk ke laluan bertentangan cuba mengelak ke kiri jalan, namun motosikal mangsa telah melanggar tayar belakang treler tersebut,” katanya, semalam.

Mangsa yang parah di bahagian kepala dan anggota badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Artikel Berkaitan: