UMNO tidak akan diharamkan: Ismail Sabri

Ismail Sabri (dua dari kiri) beramah mesra bersama Timbalan Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar (tiga dari kanan) semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai 2019 di PAUM Club House, Universiti Malaya hari ini. FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pemimpin parti itu akan terus mempertahankan parti dan memastikan UMNO tidak diharamkan.

Menurutnya, terdapat usaha dilakukan pihak tertentu untuk mengharamkan parti tersebut namun UMNO akan menggunakan perkhidmatan peguam terbaik sekiranya perkara tersebut dibawa ke mahkamah kelak.

“Ini semua adalah usaha mereka untuk melemahkan keyakinan ahli UMNO. Bila kata UMNO akan diharamkan, ahli hilang semangat, tak mahu kerja kuat kerana kerja kuat macam mana sekalipun, nanti parti diharamkan juga.

“Tapi hari ini terbukti bahawa tindakan mereka untuk melemahkan UMNO tidak menjadi sebaliknya semangat ahli semakin kuat untuk mempertahankan parti ini.

“Saya nampak di seluruh negara, inilah trendnya. Saya pergi ke Kedah, Kelantan, semangat ahli UMNO tetap membara, tak nampak lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai, di sini petang tadi yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: