Pesara maut, anak cedera dirempuh

Kereta mangsa remuk dalam kemalangan di LDP semalam.
Kereta mangsa remuk dalam kemalangan di LDP semalam.
A
A
A

TEMERLOH- [DIKEMASKINI] Seorang pesara terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya dilanggar di Kilometer (KM) 102.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, mangsa Abdul Jamal Yusoh, 64 dari Taman Jayadiri, Chenor meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak mangsa, Nurul Shahida Abdul Jamal,14 cedera di bahagian kepala dan kaki manakala dua lagi anak mangsa iaitu pemandu dan penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Viva yang dinaiki mangsa dan kereta jenis Honda City.

Seorang pesara terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya dilanggar di Kilometer (KM) 102.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur malam tadi.
Seorang pesara terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya dilanggar di Kilometer (KM) 102.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, kemalangan berlaku dipercayai berpunca dari kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun yang memandu laju di lorong kiri.

"Kereta tersebut telah melanggar Perodua Viva yang dinaiki empat sekeluarga yang dipandu perlahan di lorong kiri kerana ada kemalangan lain yang berlaku di lorong kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, saksi kejadian sedang dikesan untuk membantu selain melakukan ujian air kencing terhadap pemandu Honda City terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.