Pendedahan Najib bukti Bersatu diperalat DAP: Shamsul Anuar

Dr Shamsul Anuar Nasarah
Dr Shamsul Anuar Nasarah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendedahan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Bersatu ditubuhkan atas cadangan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membuktikan bahawa parti itu diperalatkan DAP.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Bersatu hanya digunakan DAP untuk menjatuhkan kuasa Melayu Islam di negara ini.

"DAP mengambil kesempatan atas dendam Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) pada UMNO dan Najib untuk jayakan agenda DAP. DAP berjaya.

"Justeru, saya tidak berkeyakinan Bersatu mampu pertahankan kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini. Lihatlah lebih setahun kerajaan PH memerintah, satu persatu kepentingan Islam Melayu dan Bumiputera dihancur dan diganggu gugat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pendang mendakwa penubuhan Bersatu adalah hasil cadangan Kit Siang.

Menurut Najib, cadangan Kit Siang itu didakwa bertujuan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan ia dilihat berjaya apabila 10 peratus undi Melayu kepada UMNO ketika PRU lalu berkurangan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib dakwa Kit Siang cadang idea tubuh Bersatu]

Artikel Berkaitan: