Bukti UMNO terbuka rai perbezaan pendapat

Asyraf Wajdi (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas sambil diiringi Mohd Ariff (dua dari kanan) hari ini.
Asyraf Wajdi (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas sambil diiringi Mohd Ariff (dua dari kanan) hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Kenyataan bekas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju tindakan parti itu melantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN baru-baru ini mungkin pedih bagi segelintir pihak.

Namun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu membuktikan parti itu bersikap terbuka dan meraikan perbezaan pandangan oleh mana-mana ahlinya.

Menurutnya, setiap ahli parti berhak menyatakan pandangan dan kepimpinan UMNO tidak pernah menghalang mereka bersuara.

"Cuma akhirnya kita jangan melampaui batas sehingga menderhakai parti kerana perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi.

"Selain itu, perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi titik permusuhan kerana kita perlu bersifat matang perbezaannya dan paling penting semua ahli perlu setia kepada perjuangan parti," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas di Kota Lama di sini hari ini.

Asyraf Wajdi (depan, tiga dari kanan) teruja merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas sambil diiringi Mohd Ariff (depan, tengah) hari ini.
Asyraf Wajdi (depan, tiga dari kanan) teruja merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas sambil diiringi Mohd Ariff (depan, tengah) hari ini.

Selain Mohamed Nazri, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga secara terbuka menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan BN melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majid.

Artikel Berkaitan:

Asyraf berkata, secara peribadi pihaknya melihat Mohamed Nazri sebagai seorang berprinsip dan tidak pernah menderhakai institusi parti meskipun kadangkala kenyataan dikeluarkannya pedih.

Menurutnya, pendirian sebegini dimaksudkan sebagai keupayaan parti meraikan pandangan berbeza.

"Paling penting kita dapat melihat susuk tubuh beliau sentiasa setia dengan perjuangan parti di samping sering bercakap dari hati meskipun belum tentu betul atau tidak.

"Pemimpin sebegini perlu diteladani kepimpinan muda hari ini kerana beliau berani memberi pendapat berbeza dengan kepimpinan parti, namun masih tetap setia kepada perjuangan," katanya.