Seorang maut, tiga rakan parah nahas di DUKE

Kerosakan pada bahagian depan kereta Toyota Corolla Altis dinaiki kesemua mangsa selepas terbabas di KM2.4 Lebuhraya DUKE.
Kerosakan pada bahagian depan kereta Toyota Corolla Altis dinaiki kesemua mangsa selepas terbabas di KM2.4 Lebuhraya DUKE.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di KM2.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, pemandu Toyota Corolla Altis, B Ragunath, 24, beralamat di Selayang Baru maut di lokasi kejadian.

Penumpang tempat duduk hadapan, Rosita Anak Chabu, 39, cedera ringan sementara dua yang lain, Lily Anak Dinai, 25, dan Jessica Lemunai Anak Runggah, 19, parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Setapak ketika kejadian.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang papan tanda serta pokok di bahu kiri jalan.

"Pemandu maut di lokasi kejadian selepas parah di bahagian kepala sementara tiga yang lain cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Kerosakan pada bahagian depan kereta Toyota Corolla Altis dinaiki kesemua mangsa selepas terbabas di KM2.4 Lebuhraya DUKE.
Kerosakan pada bahagian depan kereta Toyota Corolla Altis dinaiki kesemua mangsa selepas terbabas di KM2.4 Lebuhraya DUKE.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: