Lelaki tuntut hutang ditetak dengan parang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera ditetak ketika menuntut hutang daripada dua lelaki yang juga kenalannya dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Seri Alam di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan mahu menuntut kembali wang berjumlah RM1,500 yang dipinjamkannya kepada mereka.

"Berlaku pertengkaran antara mangsa dan kedua suspek mengakibatkan mangsa ditetak menggunakan parang dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, mulut, lengan dan badan.

"Kedua-dua suspek kemudiannya bertindak melarikan diri setelah melihat mangsa mengalami kecederaan," katanya.

Katanya, polis kini sedang menjalankan usaha bagi mengesan kedua-dua suspek dan berharap orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau mengenali suspek dapat menghubungi pihaknya bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan seseorang menggunakan senjata," katanya.

Artikel Berkaitan: