Muhyiddin layak, berpengalaman dalam politik

Bahari bersama peserta Kemas selepas tamat kursus di Tanah Merah di sini hari ini.
Bahari bersama peserta Kemas selepas tamat kursus di Tanah Merah di sini hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Cadangan Naib Presiden Parti Amanah, Datuk Husam Musa bagi memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri disifatkan usaha yang amat baik ke arah meningkatkan persefahaman antara parti komponan.

Ketua PH Tanah Merah, Bahari Mohd Nor berkata, Muhyiddin layak kerana lebih senior, berpengalaman dalam politik dan pentadbiran.

"Apa yang penting lantikan Timbalan Perdana Menteri baharu ini dapat membantu pimpinan tertinggi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

"Kita harap cadangan ini mendapat sokongan ramai termasuk ahli terhadap mereka yang berpengalaman dalam mentadbir kerajaan melalui PH," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat Tanah Merah di sini semalam.

Menurutnya, peluang perlu mendahulukan pemimpin berpengalaman kerana mereka tahu selok-belok kepimpinan kerajaan terdahulu.

"Untuk melakukan pembaharuan dan menjalankan penstrukturan semula adalah bertepatan dan cadangan ini amat baik.

"Namun kesemuanya terserah pada pihak tertinggi untuk membuat keputusan dalam usaha membangunkan kerajaan baharu kini," katanya.

Cadangan itu dikemukakan Husam dalam wawancara khas Sinar Harian mengenai perkongsian dan pandangan beliau mengenai isu berkaitan politik semasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR itu dicadangkan mengambil seorang pemimpin Melayu daripada parti bukan PKR sebagai gandingan untuk timbal balas kesudian Dr Mahathir mengambil pemimpin bukan daripada Parti Bersatu untuk menjadi Timbalan Perdana Menterinya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Menurutnya, Muhyiddin pasti akan menjadi satu kombinasi yang boleh mengamankan peralihan kuasa.