Najib dakwa Kit Siang cadang idea tubuh Bersatu

Najib ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang.
Najib ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang.
A
A
A

PENDANG - [DIKEMASKINI] Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mendakwa penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah hasil cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Najib mendedahkan perkara tersebut ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pendang malam tadi.

Menurutnya, cadangan Kit Siang itu didakwa bertujuan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan ia dilihat berjaya apabila 10 peratus undi Melayu kepada UMNO ketika PRU lalu berkurangan.

Najib mendakwa, cadangan Kit Siang itu dilontarkan dalam satu mesyuarat bersama Dr Mahathir dan pemimpin lain sebelum tertubuhnya Bersatu.

Sebahagian orang ramai yang hadir pada perasmian persidangan tersebut.
Sebahagian orang ramai yang hadir pada perasmian persidangan tersebut.

"Saya hendak dedahkan asal usul parti bunga ini ditubuhkan. Saya belum pernah cerita lagi, malam ini, saya hendak cerita siapa agaknya yang mencadangkan penubuhan Bersatu ini, anda semua mahu mendengar tak?," soalnya.

Menurut Najib, dalam kepala Kit Siang beliau hendak jatuhkan kerajaan UMNO dan memperalatkan orang Melayu.

"Sebab itu hari ini, kita perlu memperkukuh dan memperkasakan semula UMNO bersama Pas kerana inilah satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan masa depan kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob.