Terima kasih Bersatu bersihkan Umno

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima ahli dan pemimpin daripada parti itu untuk menyertai parti berkenaan.

Katanya, anggaplah bahawa kemasukan mereka itu sebagai 'hadiah' ikhlas daripada Umno.

"Percayalah, pemergian ahli Umno dan kemasukan mereka ke dalam Bersatu tidak akan membuatkan kami hilang tidur. Sebaliknya, mereka pasti akan membuatkan kalian berjaga malam.

"Kerana mereka adalah virus yang selama ini menyakiti dan merosakkan Umno. Dan virus, biar di mana pun mereka berada, pasti akan membawa sakit dan rebah.

"Saya tidak mahu mendoakan. Tetapi, saya yakin, virus-virus penyakit yang selama ini telah membarah dalam Umno, pasti akan menjadi sebahagian daripada darah daging Bersatu pula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Mohamed Khaled, pada saat itu, Bersatu akan melihat, mengapa Umno tidak pernah gusar dengan kehilangan ahli mereka.

"Ucapan saya kepada anda, terima kasih kerana membersihkan Umno. Selamat berjaya dengan sisa-sisa yang dikutip," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: