Pemain JDT hidap influenza stabil

Pemain, jurulatih JDT dijangkiti virus influenza.
Pemain, jurulatih JDT dijangkiti virus influenza.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan sehingga kini masih terdapat sembilan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijangkiti wabak influenza.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Johor, Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata, kesemua pemain yang dijangkiti wabak berkenaan sejak 2 Julai lalu berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, daripada rekod diterima, lapan daripada pemain disahkan menghidap Influenza B manakala seorang lagi menghidap Influenza A.

"Kesemua mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pakar KPJ Johor dan kini berada dalam keadaan stabil. Kejadian kluster ini selari dengan peningkatan kes influenza yang dijangka berlaku pada musim hujan.

"Selain itu, penularan juga berlaku kerana hubungan rapat sesama pemain. Buat masa ini, tiada wabak atau kejadian melampaui tahap biasa dan keadaan masih terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shaharom Nor Azian berkata, pihaknya juga mengambil langkah produktif melibatkan kerja-kera disinfeksi pusat latihan pemain bola sepak di Padang Seri Gelam selain membuat kerja pembersihan dari semasa ke semasa.

"Selain itu, seramai 31 pemain dan jurulatih pasukan JDT juga diberikan suntikan vaksin prophylaxis - influenza PFS sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi kesihatan mereka.

"Jabatan turut membekalkan pencuci tangan alkohol di bilik rawatan pemain untuk digunakan. Semua usaha ini bagi memastikan penularan wabak tersebut tidak berulang lagi," katanya

Artikel Berkaitan:

Isnin lalu, Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards memaklumkan 10 pemain dari skuad senior JDT, empat pemain JDT II, ​​tiga pemain JDT III dan beberapa jurulatih serta kakitangan disahkan positif wabak berkenaan.

Beliau berkata, kelab kemudiannya mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dengan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain, jurulatih JDT dijangkiti virus influenza