Ibu kandung Wafiy dicari

Ibu kandung Wafiy dicari bagi membantu melancarkan proses pengambilan anak angkat secara sah di JKM.
Ibu kandung Wafiy dicari bagi membantu melancarkan proses pengambilan anak angkat secara sah di JKM.
A
A
A

KULAI – Sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Pulai Indah di sini, mencari ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki yang dijaga mereka bagi membantu urusan pengambilan anak angkat.

Azirah Abdul Aziz, 33 berkata dia bersama suaminya, Fahmi Awang, 33 menjaga Wafiy Qayyum sejak berusia 20 hari selepas diberikan kandungnya yang hanya dikenali melalui seorang kenalan.

Katanya, melalui rakan kenalan dikenali sebagai Shida, dia beritahu ibu kandung Wafiy berusia lingkungan 30 tahun mahu menyerahkan anaknya.

“Saya diberitahu dia mahu pulang ke Indonesia. Tidak banyak yang saya tahu tentang ibu kandung Wafiy.

“Beberapa kali cuba hubungi nombor telefon yang diberikan, namun nombor itu tidak aktif,” katanya.

Azirah berharap agar ibu kandung Wafiy tampil membantunya melengkapkan dokumen anak angkat.

“Proses anak angkat ini sangat penting untuk masa depan Wafiy. Tahun depan umurnya sudah 7 tahun, sepatutnya dia ke sekolah.

“Saya dan suami sangat menyayangi Wafiy yang kami anggap seperti anak sendiri. Kehadiran Wafiy membahagiakan saya dan suami serta dua lagi cahaya mata kami berusia lima dan dua tahun,” katanya.

Artikel Berkaitan:

“Saya harap jika ibu kandungnya terbaca mengenai berita ini boleh tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulai,” katanya.