Mohd Daud dilantik Presiden UIAM baharu 1 Julai

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak (kiri) bersalaman dengan Datuk Mohd Daud Bakar.
Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak (kiri) bersalaman dengan Datuk Mohd Daud Bakar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pemegang Amanah Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kelapan selama tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai lalu.

UIAM dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, pelantikan Mohd Daud telah diperkenal oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Dengan pelantikan ini juga, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIAM ke arah menjadikan universiti ini dihormati oleh masyarakat dalam negara dan antarabangsa, beliau juga adalah bekas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dari tahun 2002 hingga 2005.

“Beliau juga banyak menganggotai Badan Penasihat Syariah institusi kewangan Islam di dalam dan di luar negara, juga mengasaskan syarikat khidmat nasihat kewangan Islam iaitu Amanie Advisors,” kata kenyataan itu.

Pada 2014, Mohd Daud pernah dianugerahkan gelaran “Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul” oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sg Korok Baru, Alor Star, Kedah (1970-1976), Maktab Mahmud (1977-1979) dan Kolej Islam Klang (1980-1983), Mohd Daud kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di University of Kuwait (1983-1988) dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom (1990-1993).

Sepanjang dua dekad dan hinggalah ke hari ini, Mohd Daud kian aktif dan menjadi antara pendukong terbilang kewangan Islam.

SENARAI PRESIDEN UIAM

Artikel Berkaitan:

- Allahyarham Tun Hussien Onn (1983-1988)

- Datuk Seri Anwar Ibrahim (1988-1999)

- Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (1999-2000)

- Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Sanusi Junid (2000-2008)

- Tan Sri Sidek Hassan (2008-2013)

- Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (2013-2018)

- Dr Maszlee Malik (September-Disember 2018)

- Datuk Dr Mohd Daud Bakar (2019-2021)