Masjid Jamek Pulai Sebatang hampir siap

Masjid Jamek Pulai Sebatang hampir siap dibina hasil derma orang ramai sebanyak RM2 juta sejak dua tahun lalu,
Masjid Jamek Pulai Sebatang hampir siap dibina hasil derma orang ramai sebanyak RM2 juta sejak dua tahun lalu,
A
A
A

PONTIAN - Tanpa bantuan kerajaan, Masjid Jamek Pulai Sebatang yang dibina hasil derma orang ramai sebanyak RM2 juta sejak dua tahun lalu, kini hampir siap.

Pengerusinya, Jumaat Samad berkata, selepas mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), kutipan derma dilakukan bagi membina masjid baharu menggantikan masjid lama di Pulai Sebatang yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Katanya, menerusi media sosial, maklumat tentang pembinaan masjid yang mampu menampung 2,000 jemaah itu disebarkan.

“Ada yang datang secara peribadi bertanya tentang bantuan kerajaan. Saya jelaskan memang kariah masjid tidak minta langsung bantuan kerajaan.

“Alhamdulilah dengan ukhuwah serta persaudaraan yang kuat sesama umat Islam, sumbangan tidak henti-henti diterima sehinggakan ada sejauh dari Taiwan, Brunei dan Singapura,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jumaat menegaskan pembinaan masjid terbabit tetap mengikut prosedur dan ketetapan yang digariskan MAIJ.

“Kerja-kerja pembinaan masjid di atas tanah seluas o.8 hektar yang diwakafkan dimulakan selepas mendapat kebenaran MAIJ pada penghujung tahun 2017,” katanya.

Ketua Kampung Kawasan (6) Dun Pulai Sebatang, Arifin Omar berkata, masjid lama masih boleh digunakan cuma keadaannya agak merbahaya kerana terletak di bahu jalan utama Pontian-Batu Pahat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagi solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha pula, masjid lama tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.

“Penduduk amat bersyukur dengan pembinaan masjid baharu yang kini hampir siap.

“Bagaimanapun difahamkan masih terdapat beberapa infrastruktur dan kemudahan yang belum disiapkan seperti tempat letak kenderaan dan dewan aktiviti," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan sumbangan kepada nombor akuan 0110 80100 20413 atau menghubungi Pengerusi Masjid, Jumaat Samad 013-6188085.