'Ia satu permulaan, bukannya pengakhiran'

FIZO OMAR DAN MAWAR. Foto: INSTAGRAM
FIZO OMAR DAN MAWAR. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

[DIKEMASKINI] PELAKON dan usahawan, Fizo Omar tidak melihat penceraian yang berlaku sebagai satu pengakhiran.

Percaya dengan perancangan yang telah diaturkan oleh ALLAH SWT, Fizo berkata, dia menerima takdir yang telah ditentukan ini dan melihat semuanya berlaku dari sudut positif.

"Apa yg berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik.

"Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan ALLAH untuk kita adalah yang terbaik.

"Saya terima takdir ini dan saya percaya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positif dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya," tulis Fizo menerusi laman Instagram miliknya.

Tambah Fizo, 34, biarpun perkahwinannya dengan Mawar Abdul Karim, 30, berakhir, namun status mereka kini telah bertukar kepada ibu bapa bersama kepada zuriat mereka, Wan Maryam Wan Hafizol.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin ALLAH, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada co- parent kepada zuriat kami, Wan Maryam Wan Hafizol iaitu amanah ALLAH kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.

"INSYA-ALLAH hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah di sebaliknya, kami terus menjaga silaturahim di antara kami dan keluarga akan bertambah erat.

"Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan di antara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.

"Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak," ujarnya.

Malah Fizo juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kata-kata semangat buatnya dan Mawar.

"Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada anda semua yang berterusan untuk kebaikan kami.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan baik-baik untuk saya dan Mawar," akhirinya.