Warga emas terkejut ular sawa dalam bilik air

Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota BBP Bukit Angin selepas ditemui di dalam bilik air di Taman Temerloh Jaya hari ini.- Foto Bomba
Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota BBP Bukit Angin selepas ditemui di dalam bilik air di Taman Temerloh Jaya hari ini.- Foto Bomba
A
A
A

TEMERLOH - Hajat seorang warga emas ingin menggunakan bilik air terbantut selepas seekor ular sawa ditemui di dalam bilik air di Taman Temerloh Jaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, ular sepanjang 0.6 meter itu berjaya ditangkap oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin.

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, tujuh anggota bersama seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.15 petang.

Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota BBP Bukit Angin selepas ditemui di dalam bilik air di Taman Temerloh Jaya hari ini.- Foto Bomba
Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota BBP Bukit Angin selepas ditemui di dalam bilik air di Taman Temerloh Jaya hari ini.- Foto Bomba

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat reptilia terbabit di di dalam bilik air di dalam rumah seorang warga emas berusia 73 tahun.

"Tindakan anggota operasi menggunakan penjerut dan kita mengambil masa kira-kira 9 minit untuk menangkap ular tersebut.

"Reptilia itu kemudiannya dilepaskan di kawasan selamat jauh dari penempatan orang ramai," katanya.

Artikel Berkaitan: