Enam remaja bawa cabaran negara di WCOPA 2019

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi (empat, kanan) menyempurnakan Majlis Pelepasan Kontinjen Team Malaysia 2019 Ke Acara 'World Championships of Performing Arts California' di Kementerian Pelancongan hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi (empat, kanan) menyempurnakan Majlis Pelepasan Kontinjen Team Malaysia 2019 Ke Acara 'World Championships of Performing Arts California' di Kementerian Pelancongan hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

ENAM peserta muda akan membawa cabaran Malaysia pada pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 yang disertai oleh 72 negara di Long Beach, California, Amerika Syarikat, dari 12 hingga 21 Julai ini.

Malaysia diwakili oleh Melissa Anne Leo Jude, 21, Daphne Emerald, 13; Eylia Eyre Guntabid, 17; Tengku Nur Fazlin Irana Tengku Zainul Hisham, 16 yang bertanding dalam kategori vokal, manakala Timothy Leong Yew Jo, 19, dan Dhestiansia Narendra Rageswara, 12, bersaing dalam acara tarian.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen tersebut di kementeriannya di sini hari ini, berkeyakinan peserta negara mampu memberi cabaran serta saing dan membawa pulang kejayaan kepada negara.

"Lebih membanggakan penyertaan mereka adalah atas inisiatif sendiri termasuk mencari penaja bagi menyertai pertandingan yang memerlukan kos yang agak besar. Kita amat bangga dengan komitmen mereka membawa nama negara,” katanya.

Ia merupakan penyertaan ke-14 negara ke saingan ibarat 'Olimpik' dalam seni persembahan sejak 2005. - Bernama

Artikel Berkaitan: