Suami isteri maut, janin terkeluar kandungan

Anggota trafik menunjukkan motosikal yang dinaikki pasangan suami isteri remuk. (Nur Syafiqah, Mohd Ikraam)
Anggota trafik menunjukkan motosikal yang dinaikki pasangan suami isteri remuk. (Nur Syafiqah, Mohd Ikraam)
A
A
A

PASIR MAS - Seorang bapa terkejut apabila mengetahui anak perempuannya yang maut bersama suami dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Berangan Apam, Lubok Jong di sini telah berbadan dua.

Jaafar Ibrahim, 63, berkata, dia dan keluarga tidak mengetahui Nur Syafiqah Jaafar, 22, sedang hamil anak sulung dengan usia kandungan lima bulan.

"Nur Syafiqah berkahwin hampir setahun lalu, bagaimanapun dia tidak memaklumkan kepada keluarga tentang perkara itu (mengandung).

"Jadi kami terkejut sebaik sahaja menerima perkhabaran tentang perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM).

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Nur Syafiqah yang mengandung lima bulan tercampak sejauh tujuh meter hingga perutnya pecah dan menyebabkan janin terkeluar selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Turut meninggal dalam kejadian itu, suami mangsa, Mohd Ikraam Ab Azit, 22.

Menurutnya, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu adalah pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Bharu (PKB) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan Nur Syafiqah pada Ahad lalu ketika menghantarnya ke PKB.

Artikel Berkaitan:

“Hari ni jam 8 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian yang menimpa anak serta menantu.

"Saya tidak tahu ke mana mereka mahu pergi sebelum terbabit dalam kemalangan," katanya.