Tanda pagar TunM94 nombor satu di Twitter

Twitter dengan #TunM94 trending semalam.
Twitter dengan #TunM94 trending semalam.
A
A
A
SHAH ALAM - Laman sosial Twitter turut dibanjiri dengan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-94 tahun semalam daripada masyarakat umum dan telah trending nombor satu di dunia dengan tanda pagar TunM94 (#tunm94).

Setakat jam 11.40 pagi ini, sebanyak 2,144 tweet berlegar di laman sosial Twitter.

Sejak semalam warganet yang terdiri daripada masyarakat umum, luar negara dan juga pemimpin negara mengambil kesempatan memberi ucapan ke atas ulang tahun kelahiran Dr Mahathir yang juga perdana menteri tertua dunia.

Antara ucapan daripada warga twitter;

“Happy birthday Tun M @chedetofficial terima kasih untuk segala yang telah dilakukan untuk Malaysia #TunM94,” - najwa @NNashyrah.

“Selamat Hari Lahir ke-94 Tun #TunM94,” - warga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad.

“Pemimpin yang mempunyai keyakinan untuk berdiri sendiri, berani untuk membuat keputusan sukar dan ambil berat untuk mendengar keperluan orang lain. Selamat hari jadi ke-94, Ayahanda Tun @ dateetofficial #TunM94,” - Asrul Muzaffar @asrulmm.

“Bekerja selamanya, muda selamanya. #TunM94,” - Iszam @iszammajid

“Diucapkan kepada salam seorang pemimpin terulung dalam dunia agar panjang umur dan diberkati. Terima kasih atas sumbangan besar anda kepada negara #TunM94,” - Justin Prabakaran @iamjustinpraba.
Artikel Berkaitan:


“Selamat ulang tahun kelahiran ke 94 tahun kepada Perdana Menteri tercinta, @chedetofficial!. Kepimpinan anda yang hebat, pencapaian bertaraf dunia dan matlamat berani telah mengilhami kita semua untuk terus berusaha maju. Kami harap terus diberikan kesihatan yang baik dan kehidupan yang diberkati!,” - Segi University & Colleges.

“Selamat hari lahir, Perdana Menteri Malaysia,” - @wuguangzhi.