Empat warga asing terlibat kumpulan pengganas diberkas

Suspek ditahan kerana bertindak sebagai fasilitator kepada anggota kanan kumpulan pengganas Babbar Khalsa International (BKI) India yang memasuki Malaysia pada November tahun lalu dan Jun lalu.
Suspek ditahan kerana bertindak sebagai fasilitator kepada anggota kanan kumpulan pengganas Babbar Khalsa International (BKI) India yang memasuki Malaysia pada November tahun lalu dan Jun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat warga asing yang terlibat dalam kumpulan pengganas diberkas dalam operasi khas di Selangor dan Kedah bermula 14 Jun hingga 3 Julai lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan pertama pada 14 Jun di Klang, Selangor melibatkan seorang lelaki Filipina berusia 54 tahun yang bekerja sebagai pendawai elektrik.

Suspek ditangkap kerana memberi sokongan kepada kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).
Suspek ditangkap kerana memberi sokongan kepada kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).

"Suspek ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) selain terlibat membantu aktiviti penculikan di perairan Sabah.

"Suspek menggunakan kad pengenalan palsu untuk menetap secara haram di negara ini telah disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

3
3

Abdul Hamid berkata, tangkapan kedua pada 21 Jun di Ampang, Selangor membabitkan seorang warga India berusia 24 tahun yang bekerja sebagai penyelenggara lif.

Katanya, suspek ditahan kerana bertindak sebagai fasilitator kepada anggota kanan kumpulan pengganas Babbar Khalsa International (BKI) India yang memasuki Malaysia pada November tahun lalu dan Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, selain itu, suspek ini juga telah menyalurkan wang berjumlah RM7,600 bagi membiayai aktiviti kumpulan pengganas BKI di rantau asia tenggara.

5
5

"Tangkapan seterusnya di Sungai Petani, Kedah pada 24 Jun lalu melibatkan seorang etnik Rohingya berusia 41 tahun.

"Lelaki berusia 41 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan ini merupakan penyokong kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) dan telah ditahan kerana memuat naik satu video ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed di laman sosial miliknya.

"Siasatan mendapati suspek ini pernah ditangkap sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1997 kerana masuk ke Malaysia secara haram, tahun 2012 kerana menggunakan dokumen perjalanan palsu dan tahun 2015 kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia," katanya.

Polis memberkas suspek warga asing kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) selain terlibat membantu aktiviti penculikan di perairan Sabah.

Katanya lagi, pada 3 Julai, di Alor Setar, Kedah, polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar merupakan etnik Rohingya berusia 25 tahun yang bekerja sebagai guru madrasah di Bukit Pinang, Kedah.

"Suspek ditangkap kerana memberi sokongan kepada kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA)," katanya.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).