Pecah amanah: Polis tahan bekas pekerja Sajat

POLIS menahan seorang bekas pekerja kepada usahawan kosmetik, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 34, dipercayai bagi membantu siasatan pecah amanah RM1 juta milik syarikat usahawan tersebut.
Difahamkan, penahanan suspek wanita berusia 39 tahun itu dilakukan di sekitar Lembah Klang, semalam.
Susulan itu, polis turut mengambil keterangan daripada Nur Sajat bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Baharudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut penahanan itu kerana siasatan masih dijalankan pihaknya.
Semalam, Nur Sajat menerusi laman sosial Instagramnya memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen "tertangkap jua akhirnya... selepas setahun berlalu...wait and see kebenaran pasti terjawab...."
Tiga jam kemudian, Nur Sajat turut memuat naik gambar papan tanda Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Shah Alam dengan kapsyen "Masih di sini.... bagi statement uols!!!!".
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmSuasana pilu menyelubungi Hospital Tuanku Ampuan Najihah
24 Oktober 2026 10:10am'Saya lihat anak-anak bergelimpangan’ – Bapa sebak anak sulung maut, tiga lagi anak parah
24 Oktober 2026 03:06pmWanita patah lima tulang rusuk selepas dipeluk suami
24 Oktober 2026 09:01amSampai sembilan peguam!
24 Oktober 2026 07:10am- Iklan -- Iklan -
