Azmin nafi beliau diejek dalam majlis Felda di Pahang

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa beliau menerima sorakan mengejek ketika memberi ucapan pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 Pahang semalam.

Katanya, meskipun berhadapan dengan sedikit gangguan, namun beliau berjaya menyampaikan ucapannya tanpa sebarang masalah.

"Tak ada, saya di sana, berucap panjang, ada sedikit gangguan semalam, tapi bukan terhadap saya, saya rasa ada sedikit kekecohan di belakang tapi kami tak tahu mengenainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas mengenai satu video beliau berucap di hadapan ribuan peneroka Felda pada satu majlis, di Pahang semalam yang kelihatan seolah-olah menerima sorakan mengejek.

Malah katanya, beliau yakin peneroka Felda menyambut majlis semalam dalam suasana yang positif.

"Ia disambut dengan sangat baik, mereka sanggup datang dari Sabah, Perlis, seluruh negara, untuk sambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan inisiatif baru yang dimasukkan dalam kertas putih, menggambarkan sokongan peneroka Felda kepada model baru ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peneroka tinggalkan majlis, ini jawapan Ketua Peneroka Felda

Sementara itu ditanya sama ada suasana tidak disenangi itu cuba diwujudkan oleh kelompok tertentu, Azmin menegaskan bahawa 'semua orang memberi kerjasama yang baik'.

Artikel Berkaitan:

"Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ada di sana, Exco Kerajaan Negeri Pahang semuanya ada, kita ada 'good working relationship' dengan semua," katanya.

Klip video kejadian itu tular di media sosial, yang menunjukkan ucapan Azmin ditenggelamkan oleh sorakan “boo” dalam kalangan peserta yang menghadiri sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3 di Rompin.