Bekas vokalis Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia

Ustaz Radzi
Ustaz Radzi
A
A
A

BEKAS vokalis kumpulan Melissa yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Ustaz Radzi, 52, dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan sebuah persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur sekitar jam 11.15 malam.

Difahamkan Radzi atau Mohd Radzi Abdul Hamid tiba-tiba rebah selepas beberapa saat berada di pentas untuk menyampaikan persembahan pertamanya pada pukul 10.30 malam sempena program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

No Image Caption

Mereka yang berada di tempat kejadian, termasuk anak Allahyarham cuba memberikan bantuan dan rawatan kecemasan, namun Radzi gagal diselamatkan.

Radzi sebelum ini aktif sebagai penceramah bebas dan banyak berkongsi tentang penghijrahan dirinya.

Kumpulan rock Melissa pernah popular pada era 1990an dan pernah tampil dengan tiga buah album, Mistik, Kami Mat Rock dan Pendirian.

Takziah buah seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Artikel Berkaitan: