Jangan sombong, angkuh dalam soal perpaduan: Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Hishammuddin Tun Hussein. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyambut baik pelawaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad supaya semua parti politik Melayu bersatu.

Ahli Parlimen Sembrong itu mengingatkan semua parti politik Melayu supaya tidak terlalu sombong dalam soal perpaduan.

“Cuma saya nak ingatkan semua pihak perkara berkaitan perpaduan, lebih-lebih lagi perpaduan ummah Melayu, kita jangan takbur, jangan sombong, jangan angkuh, kerana orang sedang perhatikan kita, bukan saja dalam UMNO, Pas tapi juga pihak yang menawarkan kerjasama antara kita.

“Dalam nak bincang kerjasama kesatuan ummah kena tengok juga apa pula penyatuan kaum lain. Dalam nak tentukan hala tuju masa depan kena ambil semua sentimen ini yang saya tekankan acap kali,” katanya kepada media di lobi Parlimen sambil memaklumkan beliau hanya mampu memberi pandangan kerana tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam parti.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pemimpin parti Melayu patut sambut baik seruan Tun M'

Dr Mahathir sebelum ini mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.

Dalam perkembangan yang sama, Hishammuddin bagaimanapun berkata pihaknya akan menunggu keputusan rasmi hasil perbincangan Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung pelawaan Dr Mahathir hari ini.

Artikel Berkaitan: