Kerjasama UMNO, Pas kembalikan formula 1946

Mat Nadzari berucap pada Jamuan dan Ceramah Perpaduan Ummah Sabak Bernam di Markas Pas Batu 1, Tebuk Pulai di sini.
Mat Nadzari berucap pada Jamuan dan Ceramah Perpaduan Ummah Sabak Bernam di Markas Pas Batu 1, Tebuk Pulai di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerjasama UMNO dan Pas penting bagi mengembalikan semula formula 1946 penentangan persatuan Melayu seluruh negara melawan Malayan Union.

Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, penyatuan kaum Melayu ketika itu begitu kuat hingga akhirnya negara berjaya mengecapi nikmat kemerdekaan.

"Bila Orang Melayu Islam bersatu pada tahun 1946, British mula goyah dan kita pula menjadi semakin kuat," katanya ketika berucap pada Jamuan dan Ceramah Perpaduan Ummah Sabak Bernam di Markas Pas Batu 1, Tebuk Pulai, di sini semalam.

Mat Nadzari berkata, formula perpaduan seperti itu mesti dikekalkan dan kaum Melayu perlu bangkit bagi menentang Pakatan Harapan (PH).

"Setahun lebih (PH) mentadbir negara, bukan saja hak kita beransur terhakis tetapi mana faedah dan manfaat akibat daripada perpecahan ini?," katanya.

Malah, Mat Nadzari berkata, formula penyatuan kaum Melayu pada tahun 1946 juga tidak mengabaikan dan meminggirkan mana-mana kaum lain di negara ini.

"Buktinya apabila orang Melayu kuat, kita tak pernah lupa kaum Cina dan India untuk bersama-sama rombongan ke London menuntut kemerdekaan.

"Kita tahu formula 1946 ini boleh membawa keuntungan, kesejateraan dan kemakmuran bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi Cina dan India serta seluruh kaum yang ada di negara ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas di negeri ini berusaha memulihkan penyatuan kaum Melayu seperti tercatat dalam sejarah suatu masa dulu.

"UMNO dan Pas kena cepat buat kerja dan mengembalikan kegemilangan yang sekarang ini dah semakin pupus," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!