Tengku Permaisuri Selangor beriadah di Air Terjun Sungai Chiling

Gambar Tengku Permaisuri Norashikin memberi makan ikan kelah di Air Terjun Sungai Chiling dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office
Gambar Tengku Permaisuri Norashikin memberi makan ikan kelah di Air Terjun Sungai Chiling dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

HULU SELANGOR - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini melakukan aktiviti riadah secara santai di Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

Keberangkatan baginda diiringi Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa bersama pegawai dari Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor.

Menurut laman Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan melepaskan sejumlah benih ikan kelah di lokasi sungai berkenaan.

"Baginda kemudian menelusuri denai hutan sejauh hampir empat kilometer dan meranduk air sungai untuk menuju ke Air Terjun Sungai Chiling.

"Baginda juga berkenan memberi makan kepada ikan kelah yang memenuhi segenap santuari sungai ini.

"Untuk rekod, Santuari Ikan Sungai Chiling dibuka kepada umum sejak tahun 2009 dan hanya boleh dikunjungi orang ramai pada hari Sabtu dan Ahad sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan: