'Saya tidak akan sesekali berundur'

Ahmad Zahid (tengah) bersama pimpinan UMNO negeri yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun hari ini. Turut serta Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Salleh Said.
Ahmad Zahid (tengah) bersama pimpinan UMNO negeri yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun hari ini. Turut serta Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Salleh Said.
A
A
A

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak berhenti mempertikaikan keputusannya untuk kembali menerajui parti.

Beliau berkata, sejak keputusan itu dibuat, ada pihak mengeluarkan kenyataan seolah tidak senang dengan kedudukannya sedangkan pemilihannya selaku presiden adalah sah.

"Saya balik kerja (presiden) ini pun ada yang kata ia perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO, masa saya minta cuti tak pula dibincangkan (dalam MT).

“Ini hak saya dan saya dipilih sebagai Presiden UMNO yang sah, bukan nak riak atau takbur tetapi saya menang besar (dalam pemilihan presiden),” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di Bangunan UMNO Perak hari ini.

Hadir sama, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Pada 30 Jun lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu umum kembali menjalankan tugas Presiden UMNO selepas menyerahkan tugas presiden kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan sejak Disember lalu.

Pada pemilihan parti tahun lalu, Ahmad Zahid menang selepas mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utamanya, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah meraih 23 undi serta dua yang lain.

Beliau menegaskan dirinya tidak akan sesekali berundur meskipun menerima desakan dan tekanan hebat pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan:

Pada ketika ini katanya, lebih penting berlapang dada dan bersatu hati untuk menentukan UMNO dapat terus berjuang demi kemenangan penyatuan ummah kalangan rakyat di negara ini.

“Saya bukan hanya ditolak ke dinding, tetapi dimasukkan kepala ke dalam lubang tandas, begitupun masih ada yang menariknya..terima kasih kepada yang simpati dan masih menyokong.

“Demi orang Melayu dan demi pelbagai kaum, saya tidak akan berundur,” katanya.