Sentuhan ajaib Solskjaer pacu kecemerlangan MU

Solskjaer bantu United belasah Cardiff 5-1.
Solskjaer bantu United belasah Cardiff 5-1.
A
A
A

OLE Gunnar Solskjaer bukan sahaja memulakan debutnya dengan sempurna sebagai pengurus sementara Manchester United dengan membantu pasukan membelasah Cardiff City 5-1, bahkan beliau turut mencatat sejarah sebagai pengurus pertama mencatat kemenangan besar lima gol selepas era Sir Alex Ferguson.

Solskjaer berkata, pujian tidak perlu diberikan kepadanya sebaliknya ia patut diberikan kepada pemain yang berjaya menunjukkan kualiti sebenar mereka selepas beberapa aksi buruk sebelum ini.

"Bola sepak itu sangat mudah bila anda ada pemain yang bagus. Saya perlu katakan apa yang saya ada sekarang ialah sekumpulan pemain terbaik dengan kualiti yang menakjubkan.

"Saya hanya tiba pada Rabu dan hanya mengendalikan sesi latihan pada Khamis dan Jumaat, tetapi pemain menunjukkan komitmen yang cukup baik. Saya sangat bangga dengan mereka," katanya.

Solksjaer turut mendedahkan bekas pemain United, Wayne Rooney menjadi antara wira tak didendang yang membantu kemenangan pertamanya bersama United.

"Rooney menghantar pesanan kepada saya selepas tiba ke Old Trafford dan memberitahu saya supaya membiarkan pemain menikmati permainan dan bermain mengikut cara yang mereka selesa. Jadi, kredit juga perlu diberikan kepadanya," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: