Tiga sahabat kemalangan, seorang maut

Lokasi kejadian membabitkan kemalangan dua kenderaan mengorbankan satu nyawa di KM447 Lebuhraya Plus awal pagi tadi.
Lokasi kejadian membabitkan kemalangan dua kenderaan mengorbankan satu nyawa di KM447 Lebuhraya Plus awal pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang maut sementara dua yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki tiga sahabat itu terbabit dalam kemalangan di KM447 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi.

Liyana Azri Ibrahim, 31, maut di lokasi kejadian sementara dua rakannya, Jule Yana Angreny Ahmad, 31 dan Nur Hidayati Amir, 32, kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku jam 5.36 pagi tadi melibatkan dua kenderaan jenis Ford Ranger dipandu lelaki berusia 36 tahun dengan Proton Wira dinaiki ketiga-tiga mangsa.

Menurutnya, kereta dinaiki tiga sahabat itu dipercayai dalam perjalanan dari Rawang menuju ke Keramat.

"Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan pelanggaran oleh kenderaan Ford Ranger yang menghentam bahagian belakang (kiri) Proton Wira.

"Pelanggaran menyebabkan kereta Proton Wira dipandu Jule Yana hilang kawalan dan melanggar besi pengadang jalan susur keluar tol Rawang Selatan," katanya.

Katanya, insiden menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.

"Liyana yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik akibat cedera parah dikepala.

Artikel Berkaitan:

"Dua lagi mangsa kini Yule Yana patah bahu kiri, tangan kiri, rusuk kiri dan retak kecil belakang tengkuk sementara Nur Hidayati patah tangan kanan serta rusuk kiri dirawat di zon kuning.

"Status kecederaan pemandu Ford Ranger belum dikenal pasti berikutan tiada di lokasi selepas kejadian," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.