Enam anggota bomba cedera sewaktu padam kebakaran

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian pada petang semalam.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian pada petang semalam.
A
A
A

KLANG - Enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengalami cedera ringan sewaktu terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di tapak kilang berhampiran Jalan Perigi Nanas 8/13, Pulau Indah, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, seorang daripada anggota terlibat dimasukkan ke dalam wad manakala selebihnya hanya menerima rawatan luar.

Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak dalam kejadian itu.
Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak dalam kejadian itu.

Hafisham berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi menerima rawatan lanjut susulan kecederaan yang dialami mereka.

"Hanya seorang mangsa dimasukkan ke wad berikutan kejadian itu dan buat masa ini, kerja-kerja pemadaman sepenuhnya masih dijalankan di lokasi terlibat," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Hafisham berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 5.37 petang dan jentera pertama tiba di lokasi pada jam 6.11 petang.

Keadaan salah sebuah kilang yang terbakar dalam kejadian di Jalan Perigi Nanas petang semalam.
Keadaan salah sebuah kilang yang terbakar dalam kejadian di Jalan Perigi Nanas petang semalam.

Katanya, sewaktu tiba, pihaknya mendapati kebakaran itu melibatkan tiga kilang kelas A berkeluasan keseluruhan 300 x 200 kaki persegi.

Artikel Berkaitan:

"Sebuah kilang terbakar 100 peratus manakala dua lagi masing-masing mengalami kebakaran 50 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal daripada merebak dengan sepenuhnya pada jam 12.40 pagi tadi," katanya.