Ajal terkena bom ikan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut sewaktu menyelam akibat terkena bom ikan di Semporna, semalam.

"Kami sedih untuk melaporkan berlaku insiden pada 5.50 petang di Semporna. Ini sangat menyedihkan kami kerana ia melibatkan pengeboman ikan secara haram yang menyebabkan kematian kepada pelancong dan jurulatih selaman kita.

“Kami telah memaklumkan kepada Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu dan Ketua Menteri Sabah mengenai tragedi sedih ini. Pegawai Lembaga Pelancongan Sabah akan memantau situasi itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kawasan itu berlaku di luar Taman Marin Tun Sakaran.

Christina juga menggesa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Polis Marin dan Jabatan Perikanan untuk mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pengeboman ikan.

Beliau berkata, penalti yang lebih berat harus dikuatkuasakan oleh pegawai penguat kuasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: