Bayi maut akibat jangkitan paru-paru

Gammbar hiasan
Gammbar hiasan
A
A
A

CHERAS - Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru selepas tidak sedar diri ketika di rumah pengasuhnya di sebuah apartmen di Bandar Tasik Selatan di Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Mukriz menerima mayat mangsa pada 10.45 pagi hari kejadian.

"Bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh dan rawatan resusitasi dilakukan terhadap pesakit namun tidak menunjukkan tindak balas dan tanda-tanda hayat.

“Bayi disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat pada hari sama mendapati tiada sebarang unsur jenayah sebaliknya akibat jangkitan paru-paru," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohamed Mokhsein berkata, bedah siasat telah dijalankan pada hari yang sama.

"Kes diklasifikasikan laporan kematian mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: