Pek daging korban tahan dua tahun

Siti Najeeha (kanan) bersama anggota nasyid Raihan pada Majlis Perasmian Program QC4U di sini.
Siti Najeeha (kanan) bersama anggota nasyid Raihan pada Majlis Perasmian Program QC4U di sini.
A
A
A

BANGI - Food For Hunger Organization (F4H) yang menganjurkan program Qurban Care For Ummah (QC4U) mencipta inovasi menerusi pengedaran pek daging korban sedia dimakan sempena Aidiladha tahun ini.

Pengarah QC4U, Siti Najeeha Zaini berkata, inovasi yang menggunakan teknologi pembungkusan 'retort' itu mampu bertahan selama dua tahun.

"Daging korban yang siap dilapah akan dimasak dan dipaketkan menggunakan teknologi dari Jerman.

"Menariknya, daging ini boleh diedarkan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja lokasi yang memerlukan seperti di negara ini, selain Indonesia, Syria, Palestin, Yaman dan lain-lain," katanya pada sidang media di Hotel Tenera di sini.

F4H merupakan anjuran QC4U dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dianjurkan setiap tahun sejak empat tahun lalu.

Selain itu, usaha F4H dan YDKMM menganjurkan program iti turut mendapat sokongan daripada kumpulan nasyid Raihan.

Raihan dianggotai Amran Ibrahim, Abu Bakar Md Yatim dan Che Amran Idris turut hadir pada majlis berkenaan.

Siti Najeeha berkata, menerusi inovasi baharu itu, kira-kira 115,500 pek daging korban dijangka dihasilkan menjelang Aidiladha ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bahagian selain daging korban pula seperti tulang dan organ lain yang dimasak sukarelawan YDKMM diagihkan ke beberapa kawasan tumpuan seperti stesen minyak, tol, pasar raya, rumah orang tua dan anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Manakala sembelihan haiwan ternakan biasa akan dilakukan di Bangui (Afrika Tengah), Aden (Yaman) dan Kaherah (Mesir) bagi membolehkan masyarakat setempat yang dalam kesusahan turut sama menikmati bahagian korban mentah yang segar.

"Program ini dirangka untuk memberi manfaat maksimum kepada lebih ramai masyarakat asnaf dan golongan memerlukan," katanya.