PM serah Felo Perdana dan Korporat 2019 kepada menteri, CEO

 Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan Felo Perdana dan Korporat 2019 kepada menteri Kabinet dan ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) korporat.

Seramai 76 felo perdana diserahkan kepada 28 jemaah menteri dan ketua setiausaha negara, manakala 35 felo korporat kepada mentor, yang terdiri daripada 19 ketua pegawai eksekutif syarikat korporat terbesar di Malaysia.

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Program Felo Perdana tahun ini memasuki tahun ke-7 sejak mula diperkenalkan pada 2013 oleh Kementerian Belia dan Sukan, yang berhasrat melatih belia yang berpotensi dengan kemahiran kepimpinan aras tertinggi, menerusi penempatan secara langsung bersama anggota jemaah menteri.

Felo Korporat pula dicetuskan oleh kejayaan program Felo Perdana.

Pelaksanaan tahun pertama disertai 19 syarikat korporat seperti Permodalan Nasional Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Axiata Group Bhd, AirAsia Bhd, Earnst and Young, Khazanah Nasional Bhd, Telekom Malaysia dan Petronas.

Belia-belia yang terpilih melalui proses pemilihan beberapa fasa dan didedahkan secara langsung dengan ilmu pentadbiran kerajaan, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan dasar dan pelaksanaan agenda nasional.

Semua peserta Felo Perdana tahun ini wajib menyediakan kertas polisi, yang mengandungi cadangan dan usul penambahbaikan di kementerian masing-masing, manakala peserta Felo Korporat terlibat dalam cadangan pembaharuan mengikut syarikat masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Program tahun ini melibatkan 60.2 peratus golongan B40. - Bernama