Kemalangan: Bayi antara empat mangsa cedera

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Kali-Rasa pagi tadi.
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Kali-Rasa pagi tadi.
A
A
A

BATANG KALI - Seorang bayi baharu berusia beberapa hari antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Kali - Rasa pagi tadi.

Pegawai Bahagian Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.24 pagi.

Menurutnya, empat anggota ke lokasi kejadian mendapati terdapat empat mangsa mengalami kecederaan termasuk bayi berkenaan.

"Mangsa yang cedera diberi bantuan rawatan awal oleh anggota APM bersama pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mangsa berjaya dibawa keluar dari kenderaan terlibat.

"Semua mangsa cedera dikejarkan ke hospital dengan menggunakan ambulans APM dan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan segera," katanya.

Artikel Berkaitan: