Makmum wajib baca al-Fatihah ketika solat jemaah

A
A
A

MEMBACA Surah al-Fatihah merupakan rukun dalam solat yang wajib dibaca oleh semua orang yang mendirikan solat.

Apabila kita solat berjemaah dan menjadi makmum, perlukah makmum membaca Surah al-Fatihah selepas imam selesai membacanya?

Menjawab persoalan itu, solat berjemaah amat dituntut kepada lelaki.

Hukumnya berbeza dalam kalangan ulama.

Menurut Mazhab Syafie, hukumnya ialah sunat muakkadah manakala, sebahagian ulama menyatakan wajib atau fardu kifayah.

Membaca al-Fatihah pada sisi majoriti ulama seperti Mazhab Syafie, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali merupakan rukun.

Ini bermakna, wajib bagi imam dan makmum untuk membacanya.

Ia berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidak ada solat kepada sesiapa yang tidak membaca al-Fatihah."

Artikel Berkaitan:

Beberapa hadis sahih lain menyebut baginda melarang sahabat membaca surah ketika menjadi makmum di belakang baginda, melainkan dibenarkan membacakan al-Fatihah.

Adapun, jika masbuq lalu sekadar sempat rukuk bersama imam, maka gugurlah kewajipan membaca al-Fatihah kepadanya.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.