20 calon memohon jawatan Setiausaha Sulit Shamsul Iskandar

Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan lebih 20 calon sedang mencuba nasib untuk memohon menjadi Setiausaha Sulit Kanannya menggantikan Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Menurutnya, calon-calon tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuklah wartawan senior daripada media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendiriannya untuk lebih berhati-hati dalam memilih calon yang sesuai bagi memastikan calon tersebut benar-benar layak menggalas tugas itu.

"Pengalaman lalu banyak mengajar kita, jadi saya harap pengganti Haziq nanti adalah seorang yang bertanggungjawab dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Dulu pun kita hati-hati juga untuk memilih beliau. Tapi manalah kita tahu apa yang akan berlaku, sesuatu tidak dijangka.

"Buat masa sekarang ini saya akan bekerjasama dengan bahagian sumber manusia untuk lihat kelebihan calon-calon ini. Lingkungan umur mereka pun ada yang mencecah 50-an. Apa yang penting, dia memiliki badan six pack (memiliki perut dengan ketulan otot yang kekar)," katanya berseloroh kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemecatan Haziq mesej jelas kepada ahli PKR

Sementara itu, Shamsul berkata, tindakan pemecatan Haziq semalam adalah tepat berdasarkan fakta dan bukti yang berkaitan.

"Alasan pemecatan sudah jelas dan pihak-pihak yang dikaitkan dengan kes tersebut juga telah membuat kenyataan yang sewajarnya. Kita tidak boleh galakkan budaya menyerang pimpinan tanpa ada sebarang sebab dan sepatutnya sebarang isu melibatkan pimpinan dan parti perlulah dirungkai melalui kaedah dalaman.

Artikel Berkaitan:

"Kita fikir tiada lagi asas yang kuat untuk Haziq bertahan dan saya percaya, proses keadilan untuk beliau telah diberikan sebaik mungkin," katanya.