Polis buru pengawal keselamatan bantu kes pukul

Pengawal keselamatan dikenali dengan nama panggilan Raj atau Dass diminta tampil bagi membantu siasatan.
Pengawal keselamatan dikenali dengan nama panggilan Raj atau Dass diminta tampil bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis sedang menjejaki seorang pengawal keselamatan disyaki terlibat dalam kes pukul seorang peniaga, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu bernama A Asnudas, 45, dikenali sebagai Raj atau Dass beralamat di Batu Dua, Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani bagi membantu siasatan.

Menurutnya, dalam kejadian 4.10 petang Selasa lalu, mangsa dipercayai dipukul suspek bersama dua lagi individu yang terdiri daripada pengurus kilang dan pemandu.

"Dua daripada tiga lelaki telah direman, dan kita sedang mencari seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat," katanya.

Menurut Adzli, pergaduhan berpunca daripada tindakan mangsa memuat naik status di media sosial yang mendakwa kilang suspek yang memproses kitar semula plastik, sepatutnya telah disita namun enggan menghentikan operasi.

"Akibat tidak berpuas hati, suspek dikatakan memanggil mangsa kononnya untuk minum bersama namun sebenarnya mangsa dipukul," katanya.

Bagaimanapun, siasatan awal polis mendapati, suspek tidak menjalankan operasi kitar semula plastik sebaliknya hanya menjadikan kawasan itu sebagai gudang.

"Kita akan siasat dari pelbagai segi termasuk memanggil semula pihak berkuasa tempatan untuk memeriksa secara terperinci tentang lesen yang dikeluarkan untuk operasi berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja dengan menggunakan senjata atau lain-lain objek berbahaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Hasrol Mohd Roslan di talian 019-2665514.