Turun had umur mengundi, undi automatik boleh serentak: SPR

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pindaan pendaftran pengundi secara automatik melibatkan warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas boleh dipinda secara serentak dengan pindaan penurunan had umur mengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pendaftaran pengundi hanya melibatkan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Kata beliau, pindaan itu walau bagaimanapun hanya perlu dibentangkan di Dewan Rakyat kerana ia adalah peraturan dan tidak perlu mendapat kelulusan daripada Ahli-ahli Parlimen kerana ia bukanlah undang-undang.

“Pindaan peraturan pilihan raya ini walaupun di bawah kuasa saya ia perlu dibentangkan di Parlimen, tak perlu diluluskan hanya dibentangkan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya,pada ketika ini, setiap warganegara Malaysia perlu mengemukakan permohonan pendaftaran pengundi menerusi Borang A.

Justeru Azhar berkata, sekiranya pendaftaran automatik dilaksanakan, pindaan harus dibuat mengikut peraturan sedia ada.

Ketika ditanya rasional menurunkan had umur pengundi dari umur 21 kepada 18 tahun, Azhar berkata, SPR merupakan badan berkecuali.

“Perkara mengenai had mengundi 18 tahun dan pendaftaran automatik merupakan perkara struktural, perkara polisi yang perlu didukung oleh kerajaan dan Parlimen bukan SPR.

Artikel Berkaitan:

“Saya sebagai pihak SPR berkecuali dalam hal ini kerana kita mengikut kerangka undang-undang yang ada,” katanya.