Tengku Abdul Rahman kekal terajui PBNP

(Gambar fail) Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah
(Gambar fail) Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah
A
A
A

TENGKU Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kekal menerajui Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan baharu persatuan hari ini.

Pemilihan jawatankuasa penggal 2019-2022 itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan PBNP ke-63 di sini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PBNP Norlia Abdul Manaf.

Pemilihan juga menyaksikan penyandang kerusi utama turut menang tanpa bertanding manakala dua muka baharu dipilih sebagai Anggota Jawatankuasa Majlis.

Kerusi Timbalan Presiden kini disandang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Muhammad Safian bagaimanpun masih memainkan peranan dalam PBNP sebagai Naib Presiden 1 manakala jawatan Naib Presiden II dipegang oleh Datuk Seri Zamri Ramly.

Dua muka baharu dalam 10 barisan kepimpinan PBNP ialah Datuk Mohd Mazri Mahmud dan Muhammad Muaz Dahari, manakala lapan lagi yang lain ialah Raja Mustapa Shah Raja Jalil Shah, Rosli Noordin, Abd Razab Wahab, Datuk Seri Mohamad Zaini Saleh, Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Taufek Razak, S. Krishnan dan Adzland Zakaria.

Seramai 58 daripada 77 perwakilan hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan Muhammad Safian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: