Rasuah: Empat kakitangan awam direman

Sebahagian suspek dibawa ke mahkamah sebelum mendapat perintah tahanan reman.
Sebahagian suspek dibawa ke mahkamah sebelum mendapat perintah tahanan reman.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Empat kakitangan awam direman enam hari selepas kerana disyaki terlibat menerima suapan dari sebuah kilang baja di daerah Yan.

Tiga individu terbabit yang juga kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berusia 50 hingga 54 tahun manakala seorang lagi adalah kakitangan jabatan kerajaan di Alor Setar berusia 37 tahun.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz.

Ketiga-tiga kakitangan PBT terbabit dipercayai menerima sejumlah RM4,600 antara Ogos 2018 hingga September 2018 daripada syarikat kilang baja tidak berlesen.

Salah seorang suspek yang direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan.
Salah seorang suspek yang direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan.

Ia dipercayai sebagai dorongan untuk memproses permohonan lesen kilang baja walaupun dalam pengetahuan mereka bangunan kilang tersebut tidak memenuhi spesifikasi sebagai sebuah kilang.

Manakala, seorang lagi suspek dipercayai menerima sejumlah RM11,000 dan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,300.

Pemberian daripada pengusaha kilang yang sama dipercayai sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses permohonan lesen CSA (control supply act) iaitu kebenaran menyimpan baja dengan kuantiti dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

Kesemua individu ditahan di Yan dan Alor Setar antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Terdahulu, kesemua individu tiba dengan kenderaan SPRM pada jam 9.40 pagi bagi mendapatkan permohonan reman dan selesai kira-kira dua jam kemudian.