TPM terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Ireland

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Eamon Hickey ketika menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Ireland ke Malaysia itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini.- FOTO BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Eamon Hickey ketika menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Ireland ke Malaysia itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini.- FOTO BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Ireland ke Malaysia Eamon Hickey yang menamatkan tempoh perkhidmatannya bulan ini.

Hickey berkhidmat selama hampir empat tahun di Malaysia sejak September 2015.

Semasa pertemuan yang berlangsung di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, Dr Wan Azizah dan Hickey menyentuh soal hubungan dua hala Malaysia dan Ireland khususnya dalam bidang pertanian dan perdagangan serta komitmen kedua-dua negara dalam misi pengaman.

Malaysia dan Ireland menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang pertama di Congo pada 1960.

Tahun lepas, jumlah dagangan Malaysia dengan Ireland meningkat sebanyak 36.53 peratus kepada RM5.83 bilion dan Ireland merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Pada akhir pertemuan yang berlangsung kira-kira 20 minit itu, Dr Wan Azizah menghadiahkan sebotol madu lebah kelulut kepada duta besar itu.

Dr Wan Azizah merupakan graduan Royal College of Surgeon di Ireland dan menerima Anugerah Pelajar Perubatan Terbaik. - Bernama

Artikel Berkaitan: