X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Wartawan Mexico maut ditembak

Edgar Alberto Nava maut ditembak di sebuah restoran tepi pantai di bandar Zihuatanejo, Mexico.
A
A

MEXICO CITY - Seorang wartawan di Guerrero, Mexico yang juga bertugas sebagai pegawai perbandaran ditembak mati di sebuah lokasi pelancongan bandar Zihuatanejo, semalam.

Edgar Alberto Nava, penerbit media tempatan, La Verdad de Zihuatanejo yang aktif membuat liputan jenayah dan politik berkaitan negeri Guerrero di laman Facebook, maut akibat ditembak beberapa kali.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembunuhan yang berlaku di sebuah restoran tepi pantai di Zihuatanejo itu mempunyai kaitan dengan kerjaya kewartawanan Nava.

“Ini merupakan kehilangan besar buat kerajaan dan bidang kewartawanan," kata Datuk Bandar Zihuatanejo, Jorge Sanchez dalam satu kenyataan.

Awal minggu ini, seorang wartawan juga di Guerrero, ditemukan maut dengan kesan tembakan dan penderaan dalam bonet sebuah kenderaan. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!