Izreen Azminda selamat bersalin anak lelaki

Instagram Izreen Azminda & Ude Wahid
Instagram Izreen Azminda & Ude Wahid
A
A
A
PELAKON Izreen Azminda berkongsi berita gembira telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada awal pagi Sabtu.

Izreen, 34, dan suaminya, Ude Wahid, telah memuat naik gambar pertama cahaya mata mereka di laman Instagram masing-masing beberapa jam tadi.

Malah dalam perkongsian yang sama, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan ini turut mengumumkan nama cahaya mata pertama hasil perkongsian hidupnya dengan pemuzik bebas itu.

No Image Caption



“Syukur alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar dan baik skali.

Artikel Berkaitan:


“Terima kasih bagi semua yang mendoakan untuk saya dan baby. Sabtu (29/6/2019, 1.46 pagi, Aaron Ibrahim bin Muhammad Radzi,” tulisnya ringkas.

Izreen dan suami berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos 2019 sehingga mencetuskan kontroversi melibatkan perkahwinan pertama Ude Wahid ketika itu.

Izreen menerusi perkahwinan terdahulu bersama seorang jurukamera, Muhamd Riza, dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.