'Rakyat tak resah isu TH, yang resah pembangkang sahaja'

Sidang Dewan Rakyat. - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Sidang Dewan Rakyat. - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prestasi Tabung Haji (TH) kini berada di tahap terbaik, setelah perubahan tampuk pengurusan tertinggi dan langkah penjimatan yang telah diambil oleh agensi berkenaan sejak Mei 2018 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) berkata, dakwaan menyatakan TH kini tidak diurus dengan baik sehingga menimbulkan keresahan rakyat adalah tidak benar.

Malah Mujahid menempelak pembangkang yang mendakwa bahawa pembangkang sengaja mensensasikan 'perkara yang tidak berlaku'.

"Sepanjang maklumat saya rakyat di bawah tidak resah yang resah hanyalah pembangkang sahaja.

"Yang memanipulasi bukan kerajaan, yang buat kreatif akaun pun bukan kerajaan hari ini. Semua itu kami warisi daripada kerajaan terdahulu," katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jawapan Mujahid berkenaan tidak dapat diterima oleh pembangkang, yang mana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bangun, lantas menyindir Mujahid dengan menggesa Mujahid tidak menggunakan jawapan itu sebagai modal.

Mempertahankan hujahnya Mujahid mengambil satu contoh kejayaan TH kini.

"Saya ambil satu contoh iaitu pada suku pertama 2019 perbelanjaan haji yang kami urus berbanding dengan pengurusan lama pada suku 2018, ia amat berbeza jika dibandingkan pada kedua-dua tahun berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Pada tahun lepas iaitu sebanyak RM262 juta operasi haji dibelanjakan sementara kami berjaya kurangkan sebanyak RM58 iaitu menjadi RM204 juta kos operasi pada suku 2019," tegasnya.

Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas bermula hari ini sehingga 18 Julai 2019.