X

Kindly register in order to view this article
!

Keputusan Zahid kembali bertugas beri kekuatan baharu

A
A

IPOH - Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali bertugas bakal membawa kekuatan baharu kepada parti untuk menjadi kuat dan berpengaruh bagi meraih sokongan pengundi pada PRU15.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya yakin keputusan itu juga bakal membantu parti terutama di saat UMNO dan Pas sedang rancak menjayakan agenda penyatuan ummah ketika ini.

Menurutnya, Ahmad Zahid sendiri adalah antara pemimpin pertama merintis jalan ke arah kerjasama dua parti terbesar Melayu sebelum ini.

"UMNO Perak menerima keputusan Ahmad Zahid kembali bertugas bermula hari ini, selaras dengan mandat diberi perwakilan parti di peringkat akar umbi kepada beliau sebagai presiden parti.

"Sehubungan itu, semua ahli parti terutamanya pimpinan di semua peringkat hendaklah menghormati dan memberi sokongan kepada beliau," katanya kepada media, di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid mengumumkan beliau kembali menggalas jawatan Presiden UMNO dan menamatkan cuti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk.

Zahid sebelum ini mengamanahkan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden.

Hari ini juga merupakan ulang tahun pertama beliau dipilih sebagai presiden parti tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!