Annuar Musa antara empat calon Presiden KAFA

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A
TAN Sri Annuar Musa dicalonkan semula sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bakal berdepan dengan tiga lagi individu pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu, 6 Julai ini.

Annuar, bekas presiden selama dua penggal iaitu pada 2007 hingga melepaskan jawatan itu pada November 2016, merupakan antara nama diterima selepas pencalonan ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan ilias yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.

Tiga lagi calon presiden ialah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

"Pertandingan empat penjuru jawatan presiden merupakan perkembangan positif berikutan masih ramai yang sayangkan persatuan dan bola sepak Kelantan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jawatan timbalan presiden pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Afandi, naib presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Muhammad Yusri Ismail.

Bagi tiga jawatan naib presiden bakal menyaksikan pertandingan sembilan penjuru iaitu antara Ahmad Muzakir Hamid, Datuk Rowi Dollah, Datuk Shaari Mat Hussain, Effendy Yahya, Hassan Hasbullah, Azman Ibrahim, Muhammad Affiq Kamaruzaman, Prof Dr. Zaliman Sauli dan Wan Rekemi Wan Zahari.

Dalam pada itu, KAFA menerima 29 pencalonan untuk merebut 10 kerusi anggota exco.

Afandi berkata kesemua calon diberi masa sehingga Rabu ini untuk membuat pengesahan penerimaan pencalonan dan sekretariat KAFA akan menghubungi mereka untuk membuat pemakluman terlebih dahulu. -Bernama
Artikel Berkaitan: