Pelantikan Dr Qu Dongyu beri kelebihan kepada Malaysia

Salahuddin (kanan) melihat ternakan rusa di Ladang Agro Mix Farming hari ini.
Salahuddin (kanan) melihat ternakan rusa di Ladang Agro Mix Farming hari ini.
A
A
A

SEGAMAT - Pelantikan Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dari China, Dr Qu Dongyu di Itali baru-baru ini diharap dapat memberikan manfaat kepada Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, ia berikutan China ialah kelompok negara Asia yang membolehkan Malaysia juga menerima kelebihan daripada pelantikan individu penting itu.

“Apa yang penting ialah susulan pelantikannya boleh menjadi satu platform untuk negara tembok besar itu turut memainkan peranan dengan mengimport pelbagai sumber makanan dari Malaysia.

“Ia dapat membantu negara ini membuka pasaran di negara mereka bagi produk pertanian dan termasuklah beberapa negara kecil di Afrika, negara kepulauan yang sememangnya bergantung kepada sumber pertanian,” katanya.

Salahuddin (tengah) melihat tanaman di Ladang Agro Mix Farming hari ini.
Salahuddin (tengah) melihat tanaman di Ladang Agro Mix Farming hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Pelancaran Pertanian Campuran Peringkat Kebangsaan di Ladang Agro Mix Farming di sini hari ini.

Pada persidangan yang berlangsung sejak 22 Jun hingga kelmarin, Malaysia diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan negara pada hari pertama di hadapan perwakilan 191 negara yang menjadi ahli FAO.

Menurutnya, pemilihan wakil China bagi menerajui FAO dianggap tepat kerana ia bukan bersandarkan kepada isu peperangan dagangan tetapi lebih melihat peluang pasaran negara itu yang kuat dan luas.

Artikel Berkaitan: