KJ sokong had umur mengundi diturunkan

Khairy (tiga, kiri) ketika mengikuti Persidangan Umno Bahagian Sungai Buloh yang berlangsung di Ibu Pejabat Umno Selangor hari ini.
Khairy (tiga, kiri) ketika mengikuti Persidangan Umno Bahagian Sungai Buloh yang berlangsung di Ibu Pejabat Umno Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersetuju dan menyokong sekiranya had umur layak mengundi diturunkan dari 21 kepada 18 tahun.

Namun begitu, beliau berkata, kerajaan perlu memperhalusi perkara tersebut berikutan pelaksanaan itu didahului dengan perancangan mendidik pengundi muda.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan perlu bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan kepada golongan muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai pengundi di negara ini.

"Jika nak undi dalam PRU15 nanti, mungkin mereka ini sekarang berusia 14 atau 15 tahun dan dalam keadaan itu, apakah perancangan kerajaan dalam memberikan pendidikan kepada remaja ini?

"Saya rasa silibus sedia ada di sekolah tak cukup dari segi kesedaran dan sebagainya kerana sistem pilihan raya di Malaysia harus merangkumi lebih daripada itu berikutan mereka akan buat keputusan siapa yang akan jadi kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Persidangan UMNO Bahagian Sungai Buloh yang berlangsung di Bangunan UMNO Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memaklumkan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Julai ini.

Beliau berkata, pembentangan usul itu yang dijadualkan pada 4 Julai bertujuan membolehkan mereka yang berumur 18 tahun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan memaklumkan pihaknya berharap agar kerajaan mempunyai perancangan yang teliti dan bukan hanya melaksanakan program-program berkala.

Artikel Berkaitan:

"Pelaksanaan ini perlu diinstitusikan dalam pengajaran sekolah sebab itu tempat paling sesuai meliputi semua remaja di negara ini yang bakal mengundi," katanya.